KEMAMPANAN SARAAN

Struktur Gaji

Jumlah pendapatan dalam sektor awam  adalah gabungan tiga  komponen iaitu Gaji Pokok +  Imbuhan Tetap + Komponen  Berubah. Prinsip pembentukan struktur gaji antaranya ialah kadar upah untuk kerja, kelayakan masuk dan latihan, relativiti dan pariti.

Elaun

Sejumlah bayaran selain daripada gaji pokok yang diberikan kepada seseorang pegawai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa, termasuklah: imbuhan untuk menampung sara hidup; bayaran balik perbelanjaan; bayaran bagi tanggungjawab tambahan yang dijalankan; dan insentif bagi suatu kumpulan atau perkhidmatan yang menjalankan tugas tertentu berdasarkan kelayakan atau penempatan pegawai. Contoh elaun: Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Elaun Penanggungan Kerja, Bayaran Insentif Tugas Kewangan. 

Kemudahan

Keistimewaan yang diberikan kepada penjawat awam berasaskan kepada kriteria kebajikan, peningkatan kepada perkhidmatan dan status anggota perkhidmatan awam. Ia diberikan dengan saksama kepada pegawai yang layak. Pemberian ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa, jika didapati perlu. Contoh kemudahan: cuti, perumahan, perubatan, pakaian dan tambang.