Statistik Terkini
Sasaran Responden
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Kajian ini terbuka kepada penjawat awam berjawatan tetap yang sedang berkhidmat di peringkat Persekutuan dan Negeri sahaja.
SERTAI KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM
Sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan, idea dan cadangan, sila salurkan kepada kami melalui kajian ini bagi menambahbaik Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sedia ada.
Pengenalan
Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah Bab 13, Bidang Keutamaan A iaitu “Membangunkan Perkhidmatan Awam yang Berprestasi Tinggi”, Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pengurusan sumber manusia ke arah perkhidmatan awam yang moden. Kajian ini juga memberi keutamaan kepada pendigitalan serta mengambil kira perubahan persekitaran merangkumi ekosistem baharu, peningkatan kemahiran pekerja (multitasking/ multiskilling) dan fleksibiliti dalam cara/ lokasi bekerja.

Cabaran Semasa
Inisiatif pembaharuan/ penambahbaikan terhadap tiga (3) skop kajian ini bertujuan untuk menangani tiga (3) cabaran semasa dalam perkhidmatan awam Malaysia iaitu :
Produktiviti perkhidmatan awam
Pendapatan boleh guna yang tidak seiring peningkatan kos sara hidup
Kemampanan fiskal negara
Objektif
Keberhasilan yang disasarkan bagi kajian ini adalah perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, dinamik dan berintegriti. Pencapaian keberhasilan ini bertunjangkan kepada matlamat merealisasikan empat (4) objektif kajian iaitu :
Peningkatan Efisiensi
Kos Pengurusan Yang Optimum

Peningkatan Produktiviti
Peningkatan Kesejahteraan
Prinsip Kajian
Kajian ini digerakkan berpandukan kepada dua (2) prinsip iaitu:
01
keperluan perkhidmatan awam di masa hadapan
02
kepentingan menangani cabaran semasa berkaitan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam
3 Skop Utama
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Pembangunan Organisasi
- Struktur Perkhidmatan
- Skim Perkhidmatan
Kemampanan Saraan
- Struktur Gaji
- Elaun
- Kemudahan
Pengurusan Bakat
- Pengurusan Pelantikan
- Pengurusan Prestasi & Pengiktirafan
- Pengurusan Kemajuan Kerjaya
- Pengurusan Pemangkuan & Kenaikan Pangkat
- Pengurusan Tatatertib & Penamatan

Terdapat sebarang kemusykilan? E-melkan persoalan anda kepada kami.
E-melkan kepada kami sekiranya terdapat persoalan, aduan dan kemusykilan anda berkaitan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam