PENGURUSAN BAKAT

Pelantikan

Meliputi elemen kaedah pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, peperiksaan, penempatan dan lain-lain perkara sebelum dan selepas urusan pelantikan.

Prestasi dan Pengiktirafan

Merangkumi elemen pengukuran prestasi pencapaian berdasarkan sasaran ditetapkan selain pengenalpastian kompetensi diperlukan bagi pelaksanaan mengikut skim perkhidmatan pegawai. Ia juga meliputi kaedah untuk mengiktiraf prestasi pegawai yang ketika ini dilaksanakan menerusi pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) serta pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) / Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC).

Kemajuan Kerjaya

Meliputi aspek perancangan bagi meningkatkan tahap kompetensi dan potensi seseorang pegawai yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, sahsiah & profil peribadi.

Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

Meliputi aspek perancangan bagi meningkatkan tahap kompetensi dan potensi seseorang pegawai yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, sahsiah & profil peribadi.

Tatatertib dan Penamatan

Meliputi aspek tatakelakuan dan tatatertib berdasarkan Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta aspek penamatan perkhidmatan berdasarkan Peraturan peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.